PAKATAN HARAPAN HAPRAK!!! MIMPI DAN JANJI KOSONG PAKATAN HARAPAN



Jika Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum nanti, mereka akan lakukan beberapa pembaharuan antaranya adalah seperti berikut:


1. Menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST). 


2. Pakatan Harapan kononnya berazam mahu menghapuskan pinjaman PTPTN tetapi dalam perbentangan bajet 2018 Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk membantu peminjam PTPTN dan memberikan pendidikan percuma untuk semua rakyat Malaysia. 


3. Pakatan Harapan menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagai rasuah dan gula-gula untuk memenangi hati rakyat. Tetapi sekarang ini mereka mahu mengekalkan BRIM. Dalam kertas cadangan, mereka mahu BRIM digunakan hanya untuk membeli barangan keperluan asas harian. Rokok dan alkohol tidak boleh dibeli menggunakan BRIM. Niat yang murni tetapi apa mekanisma yang akan diguna pakai untuk memantau pelaksaan idea ini? Adakah kita akan melihat kes penyeludupan rokok dan alkohol bertambah dengan ketara pada tahun 2018? Mereka bersedia untuk satu lagi 'mala petaka'?

4. Setiap tahun, Pakatan Harapan mahu menghapuskan tol. Namun, kali ini berbeza pula kemahuan mereka. Pakatan Harapan mahu menghapuskan tol dengan membeli balik konsesi. Sedangkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengakui sukar untuk turunkan tol di Kesas dan SPRINT dalam sebuah rencana di Utusan Malaysia.

5. Pakatan Harapan mahu memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat Malaysia. Cita-cita boleh sampai ke langit tetapi realitinya, Universiti Selangor (UNISEL) di bawah Kerajaan Selangor pun tidak mampu beri pendidikan percuma kepada penuntutnya. Ke mana hala tuju Pakatan Harapan sebenarnya?

6. Pakatan Harapan juga pernah menentang mekanisma minimum wage suatu masa dulu. Tetapi hari ini, Pakatan Harapan mahu menetap gaji minima dari RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah dan Sarawak kepada RM1,500 di seluruh negara; dan Kerajaan Persekutuan akan subsidised gaji minima ini.


Kesimpulannya, Pakatan Harapan ini mampu memberi harapan buat rakyat Malaysia? Di mana sinar harapan yang dijanjikan kalau semuanya hanya omongan kosong, tanpa arah, matlamat, pelan strategi dan indikator untuk menilai kejayaan mereka? Malaysia tidak bersedia untuk menjadi sinar yang malap.

Comments