Kajian Merdeka Centre mungkin boleh menjadi kayu pengukur kepada keputusan PRU-14 nanti apabila mendapati Barisan Nasional akan menang dengan majoriti 2/3 kerusi Parlimen.
Ini bermakna Pakatan Harapan akan dikalahkan dalam pilihanraya akan datang walaupun gabungan pembangkang itu sudah mengimport Tun M dan konco-konconya ke dalam gabungan tersebut.
BN diramal akan menang 2/3 dengan kajian mendapati undi bukan Melayu akan memihak kepada UMNO/BN sebanyak 15% hingga 25%. Jumlah ini berbeza dengan peratusan yang menyokong BN pada PRU-13 yang lalu dimana pengundi bukan Melayu hanya memberi kurang 10% kepada UMNO/BN.
Faktor penambahan 37% jumlah peratusan sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN ini disebabkan mereka yakin dan percaya usaha yang dijalankan kerajaan selama ini di landasan yang betul. Seperti yang kita sedia maklum, kaum Cina mahu perkembangan ekonomi yang stabil dimana mereka tidak mahu terkesan dengan perniagaan yang dijalankan walaupun ekonomi dunia lembap pada dasarnya.
Isu integriti Dato Seri Najib hanya dikadar 2% dan isu panas 1MDB hanya melibatkan 3% kesannya kepada rakyat Malaysia. Peratusan ini menunjukkan segala isu yang dibangkitkan oleh pembangkang bagi memburukkan imej Perdana Menteri adalah kurang diminati oleh para pengundi.
Namun begitu, responden memberikan hanya 21% kepada tahap "gembira" dengan apa yang berlaku di dalam Pakatan Harapan selama ini. Bila status "gembira" yang cuba digambarkan tidak mencapai 50%, maka sebenarnya rakyat Malaysia tidak suka dan juga menolak apa yang diperjuangkan pembangkang selama ini.
Kerjasama PAS dan UMNO juga banyak membantu menaikkan peratusan kajian tersebut. Nampaknya mereka mahu gabungan ini diteruskan bagi memastikan pemeliharaan Hak Melayu dan Islam diteruskan oleh pemimpin Melayu.
Comments
Post a Comment