Tahniah dan Syabas kepada Najib dengan kehadiran Najib ke Persidangan India telah mempertingkatkan kerjasama serantau. Perbincangan dalam persidangan berkenaan melibatkan perdagangan pelbagai hala, memerangi keganasan dan ekonomu biru menjadi antara topik utama perbincangan 10 pemimpin ASEAN dengan India dalam Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India.
Sidang kemuncak ini akan menjadi platform bagi pemimpin ASEAN dan India merangka hala tuju masa depan perkongsian strategik selain membolehkan mereka bertukar pendapat dan pandangan mengenai kerjasama serantau dan antarabangsa. Bukan setakat itu sahaja, pemimpin akan memperakukan Deklarasi Delhi bertujuan mempertingkatkan kerjasama antara ASEAN dan India dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam memerangi keganasan, hubungan serantau, perdagangan dan perniagaan serta memperdalamkan kesalinghubungan manusia untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Najib juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Modi yang mereka dijangka akan membincangkan pencapaian kerjasama dua hala. Najib akan turut menyertai sesi pemukiman pemimpin bertemakan kerjasama maritim dan keselamatan, diikuti sesi pleno membincangkan isu global dan serantau serta hala tuju kerjasama India-ASEAN. Pada sesi pemukiman, pemimpin juga dijangka membincangkan mengenai ekonomi biru yang dicadangkan India.
Ekonomi biru adalah berkaitan penggunaan sumber lautan secara mapan untuk pertumbuhan ekonomi, meningkatkan taraf hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan tanpa mengorbankan ekosistem pantai dan hidupan marin. Najib juga akan bersama Modi dan semua ketua negara melancarkan 11 Setem Peringatan ASEAN-India, iaitu satu setem untuk setiap negara sempena persidangan itu. Bagi Malaysia, setem itu akan menampilkan Pintu Torana sumbangan Kerajaan India yang dipasang di Brickfields, Kuala Lumpur sebagai tanda persahabatan kedua-dua negara.
Comments
Post a Comment