NAJIB TERBAIK, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA NAJIB DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL DALAM KEMPEN BANGKITLAH NEGARAKU



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat tidak kira kaum, bahasa ataupun agama bersama-sama menjalin cinta kita kepada negara Malaysia. Melalui Kempen Bangkitlah Negaraku peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama memajukan dan membangunkan negara. 

Kita seharusnya membuktikan bahawa kita memainkan peranan dan menjadi seorang warganegara yang telus dan bertanggungjawab. Marilah kita bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional memberikan sokongan yang padu dan kuat terhadap Kempen Bangkitlah Negaraku ini ke arah perjalanan sebuah negara yang lebih hebat dan Malaysia yang unggul. 

Bagi kita yang berminat menyertai kempen Bangkitlah Negaraku, kita hanya perlu mendaftar melalui pautan Bangkitlah Negaraku di laman www.NajibRazak.com. Kesimpulannya Kempen Bangkitlah Negaraku ini pastinya akan mengukuhkan lagi kesetiaan dan kekuatan kita semua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

Comments