MUKHRIZ NAIK PANGKAT DENGAN MUDAH DALAM PARTI, ADAKAH WUJUD TANGAN GHAIB DALAM PPBM?


Belum pun Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan, anak Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz telah diangkat oleh tangan ghaib sebanyak dua kali untuk merampas jawatan dengan cara yang menimbulkan persoalan.

Persoalannya "Bagaimana anak emas ini boleh mendapat kenaikan jawatan tanpa sebarang pemilihan dijalankan, ganjil, dari bendahari ke naib dan dari naib ke timbalan presiden?" Amat luar biasa tindakan ini yang menampakkan kewujudan tangan-tangan ghaib dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Selain itu, tindakan ini juga menampakkan kewujudan unsur-unsur nepotism di dalam parti. Sesiapa sahaja yang mempunyai pengaruh di dalam parti ini akan diangkat untuk dijadikan pucuk pimpinan atas parti dan bagi mereka yang lemah dan tiada pengaruh akan terus kekal berada di bawah! 

Benarlah politik ini penuh dengan muslihat, hanya yang berpengaruh saja yang mampu duduk di atas. Jelas PPBM sudah menunjukkan kelibatnya siapa kuat siapa berpengaruh mereka lah bermaharajalela!

Di samping itu, petanda ini jelas menjawab persoalan mengapa Mahathir bergiat semula dalam politik yang sebenarnya mahukan anaknya mewarisi PPBM dan meneruskan legasinya. Malang sekali buat Mukhriz yang terpaksa bergantung kepada bapa dan menjadi anak emas untuk sampai ke peringkat ini!

Comments