MUKHRIZ MALU MENJADI RAKYAT MALAYSIA, MENGAKU RAKYAT BRUNEI





Baru-baru ini, Boboi Mukhriz mendakwa berasa malu apabila berada di luar negara kerana kononnya imej Malaysia di mata dunia semakin tercalar. Beliau mendakwa bahawa Malaysia hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan.

"Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita (saya) malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.”

Setelah pernyataan beliau disiarkan di akhbar Sinar Harian, beliau mendakwa bahawa pernyataan beliau diputar belit dan di luar konteks. 

Tetapi hakikatnya adalah Mukhriz mengaku bahawa beliau adalah daripada Brunei. Penggunaan ‘kita’ bagi merujuk kepada rakyat Malaysia adalah salah kerana tiada rakyat Malaysia lain yang mengaku berasal daripada Brunei selain Mukhriz. 

Lagipun agak pelik pergi umrah untuk beribadat tetapi akhirnya membuat dosa dengan menipu. Tentu ini adalah ajaran mazhab sesat Mahathir. 

Sebenarnya Mukhriz sepatutnya berasa malu bukan kerana negara Malaysia dikenali sebab salah laku pemimpin negara. Contoh baiknya ialah bapanya sendiri. Mahathir terlibat dalam pelbagai salah laku di sepanjang pemerintahannya tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. 

Sebaliknya Mukhriz perlu malu kerana bapanya Mahathir telah melancarkan kempen memburuk-burukkan negara bagi tujuan memaksa Najib berundur walaupun kes 1MDB berkenaan adalah usaha Mahathir. Kempen memburuk-burukkan negara ini meninggalkan kesan kerana didalangi Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri yang sudah tentu menimbulkan pertanyaan kepada pihak lain. 

Satu perkara yang melucukan adalah walaupun Mukhriz mengaku beliau adalah daripada Brunei tetapi Brunei tidak mengaku Mukhriz sebagai warganegara Brunei.

Mungkin lepas ini Muhkriz boleh mengaku warganegara Mali atau Guyana.

Comments