MENGEMIS DEMI MEMBEBASKAN SI PERASUAH




Sudah jelas lagi bersuluh tangkapan SPRM terhadap pemimpin parti Warisan sebelum ini bukan tangkapan serkap jarang. SPRM membuat siasatan yang rapi dan terperinci demi memastikan setiap aduan dan siasatan yang dilakukan tidak disalah erti.

Namun begitu, ada juga pihak yang masih cuba mengangkat pemimpin mereka dari parti Warisan Sabah yang telah bergelumang dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa untuk terus diangkat menjadi pemimpin.

Mereka melancarkan tabung kutipan derma (mengemis) di sekitar bandar utama di Sabah yang kononnya wang tersebut bagi membantu membebaskan Pemimpin Warisan, membayar khidmat peguam, membayar denda dan saman.

Kempen mereka juga disasasarkan kepada peniaga-peniaga pasar awam dan runcit yang pendapatan mereka sebenarnya adalah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Manakala rakyat dan golongan marhaen juga dikerahkan untuk menderma kerana kononnya untuk membebaskan pemimpin mereka yang tertindas.

Namun pada hakikatnya Shafie Apdal dan Peter Anthony mempunyai aset yang berjuta-juta. Ahli perniagaan dan rakan-rakan sekeliling mereka juga mampu untuk menampung kos guaman dan juga membayar denda atau sama yang dijatuhkan kepada mereka. 

Tapi atas dasar untuk mengelirukan minda rakyat Sabah dan penyokong mereka, kempen derma (mengemis) untuk mendapatkan simpati rakyat terpaksa dilaksanakan.

Comments