MAHU JUMPA BANDUAN SEPERTI ANWAR IBRAHIM PERLU DAPAT KEBENARAN DARI KDN DAN JABATAN PENJARA


Netizen dan penyokong Pakatan Harapan yang tidak tahu undang-undang dan prosedur tahanan penjara atau banduan, sudah tentu tak habis-habis mahu menyalahkan kerajaan kerana tidak memberi kebenaran kepada mentor mereka untuk masuk ke Hospital HUKM bagi melawat Anwar Ibrahim semalam.

Untuk makluman semua, Anwar Ibrahim masih berstatus banduan yang masih dibawah kawalan Penjara Sungai Buloh. Jika individu atau ahli keluarga yang mahu berjumpa dan bertemu dengan seseorang banduan, mereka hendaklah menulis surat memohon kebenaran melawat terlebih dahulu kepada KDN dan kepad apihak pengurusan penjara.

Cara yang Tun M lakukan dengan 'main terjah' sahaja ke Hospital Rehabilitasi di Cheras bagi mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim adalah tindakan yang salah dan ianya bertentangan dengan prosedur dan undang-undang yang telah termaktub dibawah kawalan banduan yang berada di dalam tahanan.

Prosedur yang sama juga dikenakan ke atas tetamu VVIP seperti Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang mahu melawat Anwar Ibrahim semasa di hospital ketika menjalani rawatan. Jika pihak KDN dan Pihak Pengurusan Penjara tidak memberikan kebenaran kepada Tun M, lebih baik akur daripada mencari publisiti murahan untuk 'datang melulu' ke sana.

Mungkin sewaktu Tun M menjadi Perdana Menteri, dia main redah masuk sahaja kemana-mana institusi yang dia inginkan. Mungkin juga dia terlupa atau nyanyuk kerana menganggap dirinya masih berstatus Perdana Menteri hingga kini, dimana semua tempat boleh dilanggarnya untuk mengadakan lawatan.

Comments