MAHATHIR DIGELAR “MAHAFIRAUN” DAN “DIKTATOR TUA” NAMUN TETAP TUNDUK PADA DAP


Mahathir sibuk menghina orang menjual nasi lemak, Mahathir sibuk menghina pemandu Uber dan Grab, Mahathir sibuk hina jemaah haji yang menggunakan duit 1MDB. DAP tanpa menghiraukan perasaan Mahathir telah mengutuknya di portal rasmi DAP iaitu Roketkini.

Di dalam artikel yang bertajuk “Mahu menang bersama Dr Mahathir, atau tewas di tangan Najib?” yang telah di muat masuk kedalam portal tersebut pada 19 Januari 2018, DAP telah melabel Mahathir tidak ubah umpama “Pope masuk Islam”. Mereka juga menggelar Mahathir sebagai “Mahafiraun” dan “Diktator Tua”.

DAP berkata Mahathir telah murtad kerana telah meninggalkan UMNO setelah bersama selama puluhan tahun. Mahathir dihina begitu teruk oleh DAP dengan gelaran dan tuduhan yang dilakukan kepadanya. Namun, Mahathir tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau tidak boleh melawan DAP kerana beliau sedar yang beliau sekadar menumpang didalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Semua sedia maklum, sekiranya PH menang Mahathir cuma dapat jawatan PM sementara sahaja. Ini bermakna Mahathir perlu menjadi seorang yang bisu dan tunduk sahaja dengan segala yang dilakukan oleh DAP. Persoalannya, adakah Mahahtir sanggup diperbodohkan DAP hanya kerana untuk menjadi PM atau ingin menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM?

DAP mempunyai banyak skandal seperti skandal terowong di Pulau Pinang beratus juta, skandal penjualan tanah berbillion ringgit, namun Mahathir hanya mampu menjadi “kuda tunggangan” DAP sahaja. Mahathir tidak ubah seperti seorang tua yang bodoh lalu dibodohkan sahaja hanya kerana untuk mendapatkan kuasa untuk memerintah.

“Maka pilihannya mudah sahaja. Tidak ada lain, kita mesti menang. Rakyat mesti menang. Dan kalau kemenangan itu diusung mantan diktator tua, si mahafiraun yang kita benci; apakah kita akan menangguhkan kemenangan sekali lagi, dan membiarkan rejim terus ketawa untuk seribu tahun lagi?” begitulah kesimpulan yang telah dibuat untuk artikel tersebut. 

Ini bermakna, pandangan DAP tetap sama dari dulu hingga sekarang.Dari zaman Mahathir menjadi PM sehingga Mahathir berundur. Namun, setelah Mahathir dipersetujui untuk berada didalam Pakatan Harapan juga, pandangan DAP terhadap Mahathir tidak pernah berubah. Dosa-dosa Mahathir sebelum ini tidak mudah untuk DAP maafkan begitu sahaja.

Pakatan Harapan dilihat masih tidak mampu meyakinkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa mereka mampu menjadi kerajaan yang baik untuk negara. Hari demi hari konflik didalam pakatan tersebut dilihat menjadi semakin parah. Secara tidak lansung, ia menunjukkan kesepakatan didalam PH masih belum mampu diwujudkan. Untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baik, perlu ada sifat saling hormat-menghormati sesama ahli untuk mewujudkan sebuah organisasi kerajaan yang mantap.

 

Comments