LUAHAN PENSYARAH UNIVERSITI PRO PEMBANGKANG MEMPERTIKAI USAHA PAKATAN HARAPAN BERI MANDAT PADA DR MAHATHIR JADI PM SEMENTARA JIKA MENANG PRU-14



Pencalonan bekas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menjadi buah mulut orang ramai sehingga ke hari ini. Kini golongan cendiakawan pro pembangkang pula bersuara mengenai isu ini.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Dr. Azmi Sharom yang juga pro Bersih turut mempertikaikan usaha Pakatan Harapan diketuai DAP memberi mandat kepada Dr. Mahathir untuk jawatan Perdana Menteri sementara jika menang dalam PRU-14.

Langkah mengundi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), disifatkan bagaikan sesuatu yang sukar dan pahit untuk ditelan orang ramai khususnya bagi pengundi dan penyokong yang anti dengan Dr Mahathir.

Reaksi peribadi ini menunjukkan bahawa Dr Azmi meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pemilihan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara. Rasa tidak puas hati beliau diterjemahkan melalui kata-kata ini "Jadi dengan hasrat mahu mengubah kerajaan sedia ada... mengubah apa sehingga membawa balik pemimpin lama. Ia bagaikan seperti menelan ‘kaca’ dengan mengundi Dr. Mahathir!"


Comments