Isu penamaan calon Perdana Menteri di kalangan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) masih menjadi isu hangat di kalangan pemimpin-pemimpin PH lagi sehingga ke hari ini. Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR Selangor menolak keputusan PH yang diketuai DAP kerana mencalonkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi PRU-14 dan menguasai kerajaan.
Penolakan ke atas Dr. Mahathir itu disuarakan pemimpin-pemimpin PKR Selangor apabila secara terbuka menyatakan bantahan terhadap amalan ‘kitar semula’ pemimpin oleh PH selain mencadangkan bekas Perdana Menteri itu dilantik sebagai menteri kanan sahaja.
Walaubagaimanapun, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad pula menyalahkan PKR Selangor dan mendedahkan bahawa keputusan PH yang diketuai DAP tidak menamakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon Perdana Menteri merupakan kesilapan yang dilakukan sendiri oleh PKR, bukannya daripada DAP, PAN mahu pun PPBM.
Khalid Abdul Samad menyalahkan kepemimpinan tertinggi PKR kerana tidak mengemukakan sebarang nama dalam kalangan pemimpin mereka termasuklah nama Mohamed Azmin untuk dicalonkan ke jawatan berkenaan dalam Mesyuarat Pimpinan Presiden (MPP) PH yang berlangsung pada di Petaling Jaya, 3 Januari lalu.
Sepatutnya, PKR Selangor jika mereka mahukan Azmin Ali dipilih menjadi calon Perdana Menteri, mereka sepatutnya dari awal-awal lagi perlu mengemukakannya kepada pemimpin tertinggi PKR di peringkat pusat untuk dibawa dalam mesyuarat itu, tetapi perkara itu tidak dilakukan.
Sebaliknya, mesyuarat yang disertai Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu itu sebulat suara bersetuju memilih Pengerusi PH yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
Ini adalah jelas silap PKR Selangor kerana tidak membawa cadangan nama calon Perdana Menteri untuk diangkat oleh pemimpin parti mereka. Dalam mesyuarat, cadangan dibuka kepada semua parti untuk menamakan nama calon lain selain daripada Dr. Mahathir, tetapi semua parti senyap!
Justeru, Khalid Abdul Samad menyarankan agar PKR Selangor terus akur dengan keputusan yang telah diputuskan oleh MPP Pakatan Harapan yang diketuai DAP yang memilih Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri selain menghentikan polemik membabitkan isu jawatan berkenaan. Realitinya, pencalonan Dr. Mahathir terus tidak disenangi kartel Azmin Ali kerana mereka beranggapan bahawa Pengerusi PH hanya akan membawa ancaman dan beban kepada PH!
Comments
Post a Comment