KEMPEN UNDI ROSAK UNTUK JATUHKAN MAHATHIR KINI TRENDING DI TWITTER



Bila pemantauan dilakukan terhadap kempen anti Mahathir dan tidak sokong Mahathir untuk menjadi PM, keputusan tersebut amat mengejutkan para aktivis dan pemerhati politik tanahair di laman Twitter. 

Pada tarikh 28 Jan 2018 yang lepas, kempen #UndiRosak di laman twitter yang telah dijalankan oleh sebuah badan NGO pro pembangkang mendapat "TRENDING" dengan menduduki tempat 3 teratas pada carta isu paling popular pada tarikh berkenaan.

Maryam Lee, seorang aktivis yang menyokong kempen supaya orang ramai merosakkan undi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang berkata gerakan itu semakin mendapat tempat di kalangan orang muda.

Menurutnya, orang muda sudah “letih” dengan permainan politik kedua-dua pihak iaitu (pembangkang dan kerajaan), dan berkata ia semakin terserlah di kawasan bandar. 

Namun pada hakikatnya penolakan anti Mahathir dan usaha menolak pencalonan Mahathir sebagai PM amat ketara sekali di laman media sosial terutamanya di Twitter.

Kempen #UndiRosak ini juga muncul selepas PH pada 7 Januari lalu selepas Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Ini diakui Maryam, yang berkata ia petanda PH boleh memerintah dengan lebih buruk daripada BN.

Mungkin selama ini Pakatan Harapan dan Mahathir syok sendiri. Akan tetapi Mahathir masih tidak sedar dirinya dan juga Pakatan Harapan perlukan undi dari golongan muda. Memang benar kata-kata penganalisis politik pro Anwar Ibrahim, Mahathir sebenarnya telah "HIJACK" keseluruhan perancangan pembangkang selama ini.

Comments