KEJAYAAN KEMBALIKAN HAK MILIK TANAH FELDA BUKTI SHAHRIR SAMAD “KOMITED”MEMBELA HAK FELDA


Semua sudah maklum bahawa isu pindah milik tanah felda di Jalan Semarak telah menimbulkan rasa cemas buat semua warga Malaysia khususnya buat warga FELDA. Tanah yang bernilai RM200 juta itu dikatakan telah berpindah milik melalui transaksi yang meragukan sejak tahun 2015. 

Hari ini, Tan Sri Shahrir Abdul Samad iaitu Pengerusi FELDA perlu diangkat sebagai “HERO” kerana telah berjaya mendapatkan kembali hak milik tanah strategik tersebut daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) tanpa sebarang kos. Pemilikan semula 16 lot tanah tersebut diperolehi melalui perjanjian persefahaman yang ditandatangani di antara FELDA dan SPSB.

Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang masih lagi dijalankan sehingga kini akan tetap diteruskan. Pihak pemaju telah mendapat perintah pembangunan sebelum transaksi tukar milik itu dilakukan lagi.

Siasatan polis terhadapa kes ini akan tetap diteruskan lagi. Kes yang disabit di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan (AKTA 574)ini tidak akan ditarik balik sebaliknya akan diteruskan sehingga selesai.

Kejayaan pemilikan semula tanah ini juga membuktikan bahawa Tan Sri Shahir Samad adalah orang yang paling tepat untuk memimpin FELDA untuk menjadi semakin kukuh dan mantap. Beliau dilihat begitu serius untuk menyelamatkan maruah FELDA dengan cara mendapatkan kembali tanah tersebut. Beliau mahu menyelamatkan tanah tersebut dari menjadi hak milik orang luar.

Rakyat Malaysia khususnya warga FELDA perlu rasa bersyukur kerana mempunyai seorang pengerusi yang dilihat sangat komited untuk membela hak FELDA. Sekaligus kejayaan ini dapat menangkis segala komen negatif yang mengatakan nasib warga FELDA dilihat sudah tidak terjamin lagi.

Comments