JIKA PAKATAN HARAPAN MENANG, PERDANA MENTERI KETUJUH AKAN MEMBAIKI KEROSAKAN YANG DILAKUKAN OLEH PERDANA MENTERI KEEMPAT.



Baru-baru ini isu #UndiRosak telah trending di medan media sosial tempatan. Apa yang menariknya adalah walaupun Pakatan Harapan menyalahkan Barisan Nasional atas kempen tersebut, dalang sebenarnya adalah pemuda-pemuda Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Mahathir dengan segera memanggil mereka yang berkempen #UndiRosak sebagai pendek akal dan seperti biasa menyalahkan UMNO sebagai bertanggungjawab ke atas kempen tersebut. 

Tahniah. Kedegilan Mahathir yang enggan menerima hakikat bahawa terdapat penyokong Pakatan Harapan yang tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri Ke-tujuh adalah sangat mengkagumkan. 

Persoalannya, mengapa mereka tidak mahu Mahathir jadi PM semula?

Mudah sahaja. Mereka tidak mahu keadaan menjadi ‘Seperti Tikus Membaiki Labu’.

Menurut sekutu Mahathir sendiri, Lim Kit Siang, pada 3 Jun 2012, Mahathir bimbang penglibatan beliau di dalam skandal kewangan semasa pemerintahannya akan didedahkan. Di dalam pernyataan tersebut, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Bank Negara kerugian RM30 billion di dalam transaksi matawang dan turut kerugian di antara USD27 sehingga USD33 bilion iaitu lima kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.

Perkara tersebut yang dijaja oleh Lim Kit Siang selama ini dan kini beliau berdiam diri sahaja apabila Pakatan Harapan mengangkat Mahathir yang didakwa mengakibatkan kerugian-kerugian tersebut menjadi calon Perdana Menteri?

Bukankah lucu Pakatan Harapan cuba mengangkat orang yang mereka dakwa sebagai merosakkan Malaysia ke jawatan yang membolehkan beliau meneruskan perbuatan beliau? Adakah mereka yakin mereka dapat menghalang Mahathir daripada melakukan kerosakan walaupun mengangkat Mahathir ke jawatan Perdana Menteri membolehkan beliau memperoleh kuasa bagi mengekang mereka?


Pakatan Harapan memang dipenuhi orang bodoh sehingga tiada calon lain? Wan Azizah memanglah diketahui kedunguan beliau di dalam bidang kepimpinan tetapi Azmin? Muhyiddin? Nurul Izzah? Setidak-tidaknya Salahuddin Ayub memandangkan Mat Sabu memang tidak layak? Boboi Mukhriz? 

Mengapa Mahathir sedangkan tindakan tersebut umpama tikus ingin dibiarkan membaiki labu?

Kesimpulannya Pakatan Harapan memang hipokrit besar dan tanda pagar (tagar) yang sesuai bagi Pakatan Harapan : #PakatanHarapanHipokritBesar

#TolakMahathirUndiBN

Comments