JASA PESARA POLIS TERUS DIHARGAI & DIINGATI


Lebih daripada 5,000 pesara dan jemputan hadir dalam Majlis Perjumpaan Pesara-pesara Polis Bersama Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri hadir ke majlis perjumpaan ini bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Perjumpaan ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan dan pucuk pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghargai setiap titisan air peluh pesara Polis yang telah banyak menabur bakti dan jasa untuk negara.

Realitinya, Pesara-pesara Polis yang telah bersara dalam PDRM tidak pernah dilupakan oleh pihak Kerajaan. Jasa dan pengorbanan mereka sentiasa dihargai walaupun mereka sudah tidak berkhidmat dalam PDRM.

Terdapat 4 khabar berita baik yang diumumkan Perdana Menteri ialah buat 123,000 pesara Polis ialah pertama mulai tahun ini, kerajaan memberi peruntukan RM3 juta setahun, selama tiga tahun untuk Tabung Amanah Warisan PDRM bagi menjaga kebajikan pesara polis dan keluarga mereka.

Kedua, Kerajaan juga, akan memberi kuota khas menunaikan haji untuk pesara polis. Ketiga Pesara polis juga akan menerima kuota khas rumah menerusi skim Rumah Mampu Milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM dan keempat seterusnya, Unit Hal-ehwal Veteran Polis disusun semula dan cawangannya dibuka di setiap negeri.

Pihak Kerajaan dan pucuk pimpinan PDRM nyata sentiasa mengambil berat dan memberi komitmen tinggi terhadap kebajikan semua pesara Polis. Perjumpaan Pesara-pesara Polis bersama Perdana Menteri membuktikan bahawa pemimpin nombor satu negara itu menghargai dan mengenang jasa-jasa yang telah ditabur mereka untuk negara. 

Walaupun pesara-pesara Polis sudah bersara dari perkhidmatan mereka, tetapi mereka masih terus menjadi tulang belakang kepada PDRM dan negara. Kerajaan sentiasa mengingati dan menghargai jasa-jasa yang dicurahkan pesara Polis. Polis dan masyarakat berpisah tiada.

Comments