JANGAN YAKIN SANGAT ANWAR DAPAT DIBEBASKAN, KESALAHAN JENAYAH SEKSUAL DIKECUALIKAN PAROL



Pada Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini Presiden PKR Dr Wan Azizah dengan yakin memaklumkan tarikh suaminya Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tahanan ialah pada 11 Jun 2018 iaitu 5 bulan lagi dari tempoh tersebut.

Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat dalam kes kedua yang dikaitkan dengannya setakat ini belum pasti dibebaskan kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh menyebabkan Ketua Umum PKR itu dibebaskan lebih awal daripada apa yang ditetapkan.

Memang tidak dinafikan Sistem Parol yang dilaksanakan di negara ini sejak 2008 membuka peluang kedua untuk banduan memulakan hidup baharu bersama keluarga mereka serta masyarakat.

Namun dalam kesalahan Anwar Ibrahim yang terlibat dalam kes Liwat II bersama pasangannya Saiful Bukhari Azlan bersabit dengan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Kesalahan itu yang berkait dengan kes jenayah persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan. (KESALAHAN INI DIKECUALIKAN UNTUK MENDAPATKAN PAROL).

Kesalahan lain yang dikecualikan bagi mendapat Parol adalah di bawah Seksyen 121 kerana berperang atau cubaan berperang dengan Yang di-Pertuan Agong, Seksyen 194 kerana memberi kenyataan palsu dengan niat untuk menyebabkan seseorang lain disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman mati.

Turut dikecualikan adalah di bawah Seksyen 304 (a) iaitu menyebabkan kematian, Seksyen 376 kerana kesalahan merogol dan Seksyen 276B, Seksyen 377B dan Seksyen 377C iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

u/p : Liwat termasuk di dalam persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi

Comments