DAP parti yang menguasai Pakatan Harapan walaupun tidak memerintah mereka tetap akan melaksanakan segala agenda dan ideology yang selama ini parti itu perjuangkan sejak ia ditubuhkan dahulunya. DAP berkuasa sehinggakan Kit Siang pernah menyatakan parti itu tidak akan sama sekali meninggalkan ideologinya setelah melalui pelbagai zaman dan meskipun DAP terpaksa berubah dari segi pendekatan termasuklah gabungan dengan beberapa politik yang lain.
Sebagai contoh dalam isu pesta arak di Selangor, biarpun negeri Selangor ditadbir oleh seorang Menteri Besar Selangor Islam tetapi Menteri Besar tidak mampu melakukan apa-apa melainkan mereka mesti mengikut kata dan arahan DAP dan ini yang dikatakan mereka tidak memerintah tetapi mereka menguasai.
Sama juga halnya seperti orang Melayu Islam di Penang. Di mana nasib dan perniagaan mereka dimusnahkan oleh tangan mereka sendiri yang mengundi PKR dan DAP pada PRU lepas. Begitu mudah terhasut mendengar ceramah kebencian, lalu kini melaung laung apabila rumah dan kedai mereka dirobohkan.
Kesimpulannya umat Islam hendaklah diperkasakan untuk memastikan umat Islam itu bersatu. Kita semua perlu sedar bahawa apa yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan jika mereka memenangi pilihan raya sebenarnya adalah lebih kepada kerajaan yang akan dikuasai oleh DAP. Dengan DAP tidak boleh berkompromi, pendekatan pecah perintah sejak dahulu lagi DAP gunakan.
Comments
Post a Comment