Bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin diktator, ego serta mementingkan diri sendiri sehingga melupakan jasanya sebagai salah seorang pengasas PPBM.
Hakikatnya inilah Dr Mahathir seorang diktator di mana semua orang mesti dengar cakap beliau, jikalau tidak ikut, beliau akan serang mereka habis-habisan. . Beliau hanya akan bersama dengan sesiapa yang mahu bersekongkol dan jika bercanggah, beliau akan menolak dan memalukan mereka.
Hamidah juga sudah menerima tamparan ini ekoran tindak tanduk Dr. Mahathir yang melabelnya sebagai "sampah" kerana tindakannya yang memilih keluar parti. Tidak mustahil Dr Mahathir akan melakukan perkara yang sama terhadap pemimpin pembangkang lain yang enggan mengikut telunjuknya.
Hamidah yang juga bekas EXCO kerajaan Perak, mengakui merasa tertipu selepas menyertai PPBM kerana pada awal penubuhan parti itu mendakwa kononnya mahu menggantikan perjuangan UMNO untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Bagaimanapun, pada persidangan agung sulung PPBM lepas sudah memberi gambaran parti itu sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ianya juga adalah satu mesej jelas yang menunjukkan parti ini hanya menjadi tempat luahan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukannya berbincang mengenai perancangan untuk rakyat dan negara.
Di samping itu, tindakan PPBM mengemukakan satu usul supaya Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri, sudah cukup menunjukkan matlamat itu perancangan berbaur `gila kuasa'. Dr. Mahathir hari ini bukanlah seperti yang dulu, beliau sudah ada kelemahan mental dan fizikal, malah cakapnya juga tidak konsisten dan banyak kelemahan beliau untuk menjadi Perdana Menteri.
Comments
Post a Comment