HABIS MADU SEPAH DIBUANG! SUDAH KELUAR PAS, MAHFUZ PULA SERU AHLI PAS UNTUK MENGUNDI PAKATAN HARAPAN


Bekas ahli politik PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yang kini menjadi ahli politik bebas pro Pakatan Harapan (PH) kini membuat hal dan mengajak penyokong-penyokong PAS untuk mengundi PH. 

Mengapa Mahfuz berbuat demikian. Adakah Mahfuz sedar bahawa PH tidak mempunyai sokongan dan ada kekuatan seperti parti PAS. Tetapi apa yang berlaku disebaliknya, beliau lebih berminat untuk menagih sokongan dari bekas partinya untuk mengundi PH. 

Mungkin kerana Mahfuz sedar kekuatan PAS berbanding PH yang tidak seberapa dan tidak sekukuh PAS. Maka Mahfuz cuba menggunakan taktik dan pengaruhnya untuk menarik penyokong PAS agar mengundi Pakatan Harapan.

Jesteru itu, Mahfuz mengajak penyokong PAS untuk mengundi PH kerana baginya perjuangan PAS sudah tidak seperti dahulu. Ternyata tindakan Mahfuz ini ibarat habis madu sepah dibuang. Beliau hanya pandai mengambil kesempatan politik orang lain untuk kepentingan parti lain yang mana hanya menguntungkan parti tersebut. 

Mahfuz kini seperti individu yang hilang identiti dan arah tujuan. Hanya mahu mengambil kesempatan ke atas parti lain demi politik rakus Pakatan Harapan. Pemimpin seperti Mahfuz hanya akan mengundang bencana buat parti yang disertainya. Tidak syak lagi Mahfuz adalah pemimpin talam 2 muka yang bermuka-muka!



Comments