Beliau mengakui bahawa dengan pendapatan kutipan GST tersebut segala perancangan yang telah dirancang dapat dilaksanakan mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan.
Kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dengan KDNK sebanyak 5% juga dapat dikekalkan kerana para pelabur yakin dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan ekonomi Malaysia. Pada masa yang sama dapat memberi impak positif kepada para pelabur untuk terus melabur di dalam Malaysia.
Bayaran khas kepada penjawat awam dan juga pemberi BR1M juga mungkin tidak dapat dilaksanakan sekiranya pendapatan negara terus berkurangan hasil penurunan harga komiditi minyak dunia. Selain itu, faktor perkembangan ekonomi yang lengkap juga memberi kesan kepada ekonomi negara yang sedang membangun seperti Malaysia.
Negara juga dapat mengelak dari muflis dan dapat mengelak dari rakyat terbeban kerana kekurangan pendapatan utama negara. Kerajaan cuba mencari jalan terbaik dengan mewujudkan kutipan GST dan mengecualikannya kepada beberapa barang makanan dan keperluan asas harian.
Peningkatan hasil kutipan GST dari RM41 bilion pada 2016 kepada RM44 bilion pada 2017 juga menggambarkan bahawa Jabatan Kastam dapat mengimplimentasikan kutipan cukai tersebut secara baik dan adil.
Setelah hampir 4 tahun GST dilaksanakan, ianya dapat memberikan impak positif kepada rakyat, malah pembangkang juga mahu meniru kutipan cukai tersebut sekiranya mereka dapat menguasai kerajaan pada suatu hari nanti.
Sebanyak lebih 160 buah negara di seluruh dunia juga telah melaksanakan GST dan mereka mengakui cukai tersebut amat berkesan serta dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada produk pelaburan lain terutamanya minyak dan gas.
Ini boleh dilihat sendiri dengan pelaksanaan GST di Arab Saudi dan beberapa buah negara timur tengah yang kini sudah mula menarik beberapa subsidi rakyat dan mula memperkenalkan GST atau VAT di negara mereka.
Comments
Post a Comment