Pemilihan Dr Mahathir dan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan adalah satu keputusan yang menampakkan gandingan yang sangat lemah dan tidak menyakinkan.
Mengapa ianya dikatakan gandingan yang tidak mantap, lemah dan tidak menyakinkan? Berdasarkan rekod dan di atas kertas, sememangnya Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang punya pengalaman yang luas ketika berkhidmat dahulu sebagai Perdana Menteri.
Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 dan ketika itu beliau berusia 56 tahun. Tapi kini umur beliau sudah menjangkau usia 92 tahun dan semestinya prestasi beliau untuk menjawat semula jawatan itu dipertikaikan.
Malah belum ada lagi pemimpin yang sudah bersara dan kembali menjawat jawatan yang ditinggalkan kecuali atas sebab faktor peribadi atau tamak. Ini kerana selama 22 tahun beliau memegang tampuk pemerintahan, Dr Mahathir kembali berpakat dengan PH untuk mengembalikan kuasanya.
Bagi calon Timbalan Perdana Menteri pula, Wan Azizah Presiden PKR yang dipilih juga mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Beliau berkecimpung dalam politik hanya kerana suaminya Anwar Ibrahim sahaja.
Sebagai wakil rakyat Parlimen Permatang Pauh dan ADUN Kajang, Wan Azizah juga gagal menunjukkan prestasi tugas yang meyakinkan. Sebagai contoh isu banjir Kajang masih tidak selesai lagi di Kajang sehingga ke hari ini. Itu belum lagi masalah yang melanda parti PKR.
Selain itu tahap kecetekan ilmu Wan Azizah juga terserlah apabila memberi kenyataan bahawa naik 'train' ada tol apabila mengelabah menjawab soalan wartawan mengenai isu lebuhraya percuma Pan Borneo.
Pendek kata, kedua-dua pemimpin ini adalah merupakan kombinasi pemimpin yang lemah dan tidak meyakinkan. Seorang pemimpin adalah tamak dan mengejar agenda peribadi manakala seorang lagi adalah sesuai untuk menjadi badut politik kerana sering kali memberi kenyataan lucu dan tidak masuk akal!
Comments
Post a Comment