DR MAHATHIR TERUS PERSENDAKAN PARTI PAS


Persengketaan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan dengan parti PAS terus menjadi hangat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Dr. Mahathir dilihat menyindir PAS ketika parti itu mahu bertanding lebih banyak kerusi pada PRU14 nanti.

Berdasarkan kepada senario politik semasa sekarang, PAS terus menjadi mangsa serangan Dr. Mahathir dan kali ini Pengerusi PH yang diketuai DAP itu menyifatkan hasrat parti tersebut untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai angan-angan Mat Jenin.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mempersendakan hasrat PAS yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya umum akan datang. Secara sinis, Dr. Mahathir berkata, sememangnya dalam sejarah PAS, parti itu selalu memerintah negara ini dan telah membentuk kerajaan mereka sendiri.

Realitinya, menurut Dr. Mahathir PAS kadang-kadang hanya menang satu kerusi Persekutuan tetapi mereka masih ada cita-cita tinggi mahu bertanding lebih 100 kerusi jadi biarkan mereka bertandinglah. Kenyataan-kenyataan berbaur sinis terhadap parti PAS ini jelas membuktikan kepada semua bahawa Dr. Mahathir dan PH mahu menghapuskan ancaman PAS selain parti kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika PRU14. 

Tindakan ini juga memperlihatkan bahawa PH tidak mempunyai keyakinan dalam PRU14 sehingga terpaksa membuat kenyataan berbaur sinis. Dr. Mahathir dan PH sebenarnya tahu bahawa mereka tidaklah sekukuh parti BN dan PAS. Jesteru hidup mati PH adalah pada PRU14 nanti, ancaman besar menanti parti PH kerana PAS beria-ia untuk menjatuhkan parti PH pimpinan Dr. Mahathir dan DAP!








Comments