DR MAHATHIR TERUS MEMBENCI PAS


Sejak dari dulu lagi bekas Perdana Menteri yang kini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai sejarah hitam bersama PAS dan beliau semestinya membenci parti tersebut.

Selama menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 22 tahun, PAS menjadi musuh politik utama Dr. Mahathir malah cubaan bekas Perdana Menteri itu untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS ditolak parti itu ekoran PPBM bersetuju bergandingan dengan DAP. 

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebelum ini menuduh PAS sebagai pengkhianat kerana memutuskan untuk bertanding sendirian di lebih 130 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Dr. Mahathir juga mencabar PAS agar menyatakan pendirian sama ada parti itu menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri atau Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, Dr. Mahathir juga berterusan mengkritik PAS apabila menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sengaja mengkafirkan diri sendiri kerana bekerjasama dengan UMNO, satu amalan yang didakwanya bertentangan dengan Amanat Haji Hadi.

Jelas sekali sengketa lama antara Dr. Mahathir dengan PAS masih lagi berlanjutan sehingga ke hari ini. Tindak tanduk Dr. Mahathir terhadap PAS ternyata memperlihatkan betapa benci perasaannya terhadap parti tersebut. Tidak mustahil jika Dr. Mahathir berkuasa lagi, PAS akan menerima nasib yang lebih buruk, ini kerana dendam politik Dr. Mahathir terhadap PAS masih segar sampai hari ini.




Comments