Sebagai seorang negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya memperlekehkan usaha anak muda yang menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam perniagaan walaupun hanya menjual nasi lemak ataupun membawa UBER.
Ini kerana perniagaan kecil ini juga mampu menjana pendapatan lumayan dan memberi impak kepada pendapatan anak muda jika berusaha gigih untuk berniaga.
Kenyataan pedas Dr. Mahathir terhadap isu ini ternyata memperlekehkan usaha anak muda. Salahkah anak muda menjual nasi lemak atau membawa UBER?
Menurut Dr. Mahathir, tiada apa yang perlu dibanggakan jika lulusan universiti kini menjual nasi lemak dan memandu Uber sebagai punca rezeki. Ia memalukan negara apabila graduan menjual nasi lemak.
Boleh rujuk akhbar The Malay Mail Online untuk butiran lanjut;
Di samping itu, Dr. Mahathir juga menjelaskan bahawa jika kita mahu menjual nasi lemak, kita patut ada universiti yang mengajar bagaimana menjual nasi lemak, tetapi kita tiada universiti itu.
Anak muda mahupun Graduan universiti walaupun menjual nasi lemak bukanlah sesuatu yang memalukan tetapi sekurang-kurangnya berusaha dan bekerja keras untuk mencari rezeki yang halal.
Jika dilihat sudut positifnya, perkara ini adalah sesuatu yang baik kerana ia memupuk sikap anak muda dan graduan untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang akhirnya mampu membuatkan mereka menjana pendapatan sendiri.
Usaha anak muda dan graduan universiti yang menjual nasi lemak bukanlah sesuatu yang memalukan dan tidak boleh dibanggakan. Persepsi negatif ini perlulah dihindari kerana ada juga kejayaan-kejayaan anak muda dalam perniagaan ini walaupun bermula dari bawah.
Comments
Post a Comment