DI MANA ABANG MAT SABU AKAN BERTANDING PADA PRU14 SETELAH AMANAH DIPERUNTUKAN 27 KERUSI OLEH PAKATAN HARAPAN?


Sebanyak 27 Kerusi Parlimen telah diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) pada Konvensyen PH ahad lalu. Menurut penyumbang dana parti Amanah iaitu DAP, formula pengagihan kerusi PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berdasarkan kompromi antara parti komponen.

Amanah dilihat terpaksa menurut perintah DAP dan sebab itu kita lihat hanya parti itu yang sanggup berkorban untuk gabu­ngan pembangkang diketuai DAP tetapi parti komponen lain hanya memikirkan kemahuan sendiri seperti PPBM dan PKR yang mendapat agihan kerusi melebihi 50 kerusi sebaliknya Amanah hanya mengalah saja.

Dengan 27 kerusi sahaja yang diperuntukan iaitu di Pokok Sena, Sik, Padang Terap, Kepala Batas, Lumut, Parit, Parit Buntar, Bukit Gantang, Kota Raja, Sepang, Hulu Langat, Shah Alam, Kuala Selangor, Jasin, Pulai, Simpang Renggam, Jelebu, Tampin, Temerloh, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kubang Krian, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Bachok dan Rantau Panjang.

Di sini, timbul persoalan daripada 27 kerusi Parlimen di Semenanjung, mana satu kerusi yang akan diambil Presiden Amanah, Mat Sabu pada PRU-14 nanti. Mungkinkah abang Mat Sabu akan bertanding di negeri Kedah, Perak, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu atau di Kelantan berjumpa musuhnya PAS! Yang pasti DAP sudah mengatur untuknya.

Buat Amanah, berkorbanlah lagi untuk Guan Eng dan Kit Siang. PPBM pula, teruskan bersorak kerana mendapat agihan kerusi terbanyak di Semenanjung walaupun akhirnya mungkin me­nerima nasib seperti Pak Kaduk, setakat menang sorak sahajalah berbanding DAP. Buat Mat Sabu, partinya akan terus dihantui dan dikawal DAP selamanya!



Comments