DI AMBANG PRU14, SUDAH ADA SUARA TIDAK PUAS HATI DENGAN AGIHAN KERUSI DALAM PH. AMANAH JOHOR AMBIL TINDAKAN BOIKOT KONVENSYEN


AMANAH Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) hari ini kerana tidak puas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen di Johor antara parti-parti dalam gabungan pembangkang itu, kata Pengerusi Amanah Johor Amiroulhuda Hassan.

Tindakan itu diambil setelah Amanah Johor hanya diberikan 2 kerusi Parlimen saja daripada 5 kerusi yang diminta mereka untuk ditandingi di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Johor mempunyai 26 kawasan Parlimen. Pengagihan kerusi PH yang selesai malam semalam telah memutuskan Bersatu bertanding 10 kerusi Parlimen di Johor, PKR 8, DAP 6 dan Amanah 2.

Namun yang demikian, pengumuman ini telah menyebabkan Pemimpin Tertinggi AMANAH Johor berasa tidak puas hati dan mengeluarkan arahan untuk memulaukan konvensyen kepada perwakilan mereka.

Rasa tidak puas hati berlaku kerana AMANAH Johor merasakan mereka tidak mendapat kerusi yang setimpal dengan parti komponen yang lain dalam PH. AMANAH Johor mahukan angka yang setimpal dan seimbang dengan rakan komponen lain.

Malang sekali buat AMANAH Johor, apabila BERSATU lebih dominan daripada mereka. Akhirnya AMANAH Johor diberikan dua kerusi saja. 

Tindakan PH memuktamadkan pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia malam tadi sudah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin AMANAH. Sementara itu, difahamkan beberapa pimpinan AMANAH di negeri lain juga tidak berpuas hati dengan jumlah kerusi Parlimen yang diberikan kepada parti itu, antaranya Perak.

Comments