DAP STYLE SEKS BEBAS OK, JANGAN KAHWIN JER



Bagi DAP kanak-kanak perempuan yang mengadakan hubungan seks dengan rela hati pada umur 9 atau 10 tahun serta mungkin mengandung akibat daripada hubungan itu tidak patut dikahwinkan. Mereka parti DAP mendakwa lagi kanak-kanak berkenaan hanya perlu diberikan khidmat nasihat dan pendidikann serta terus menghadiri sekolah dan meneruskan pembelajaran seperti mana-mana kanak-kanak yang sebaya. Bukan itu sahaja, malahan bagi pemimpin DAP mereka lebih menyokong sweetheart defence yang merujuk kepada tindakan memaafkan kanak-kanak bawah umur yang melakukan hubungan seks jika julat umur di antara mereka berdua adalah kecil. 

Kita sendiri sudah boleh agak dengan kenyataan-kenyataan DAP, sudah pastinya kenyataan sebegini yang akan keluar dari mulut puak-puak pembangkang bukan Islam sebab realitinya mereka sendiri tidak faham tentang Islam. Walaupun ada di kalangan mereka yang kita nampak kononnya macam faham dengan Islam tetapi hakikatnya ini hanyalah sekadar lakonan politik DAP semata-mata. Kalau tidak, tak adalah si Teoh bertudung, Guan Eng duduk bersila makan nasi dengan orang Melayu dan Nga Kor Ming tak adalah membaca ayat-ayat Al-Quran di pentas politik berceramah. 

Kita sendiri yang melihat situasi berkenaan, apa pandangan kita tentang semua perkara ini? Ianya ok hadir dari pandangan seorang bukan Islam iaitu DAP, tetapi dari pandangan kita yang beragama Islam, bagaimana? Ataupun ianya hanyalah perkara biasa-biasa yang tidak perlu diperbesar-besarkan? Kesimpulannya kita seharusnya menerima hakikat inilah sebenarnya corak dan asas DAP bukan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Mahathir kononnya DAP cukup menghormati orang Melayu Islam.

Comments