DAP semestinya sudah tersenyum lebar melihat situasi politik negara yang kian tidak menentu dalam usahanya untuk mengucar kacir politik negara khususnya melibatkan politik orang Melayu. Bukan itu sahaja, DAP sememangnya sedar bahawa kehancuran sedang berlaku dalam persaingan merebut kuasa di kalangan orang-orang Melayu melibatkan parti PPBM, PKR, PAS dan UMNO.
Di samping itu juga, DAP juga tahu bahawa hanya Dr Mahathir seorang sahaja yang boleh mengawal parti PKR kerana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sedar bahawa adalah amat sukar buat mereka dan parti DAP mengawal parti PKR kerana sikap PKR yang opportunis dan suka bertindak mengikut kemahuan mereka saja.
Oleh yang demikian, demi untuk memusnahkan PKR, pelbagai strategi politik digunakan DAP untuk mengawal dan menghadkan kuasa parti PKR. Jesteru itu, DAP berbaik dengan Dr Mahathir dan kerap menggunakannya untuk kepentingan DAP secara tersirat. Lihat saja apa yang berlaku kini dalam PKR. Mereka bertelagah sesama sendiri kerana isu calon Perdana Menteri. DAP hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.
DAP sebenarnya berjaya mengawal dan menjinakkan Dr Mahathir sehingga pemimpin itu sanggup meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan DAP. Namun untuk meminta maaf kepada PKR ianya sangat sukar sekali. Lambat laun, parti PKR akan dihancurkan DAP melalui pihak ketiga dengan menggunakan khidmat Dr Mahathir. DAP memilih Dr Mahathir kerana tahu hanya beliau saja yang boleh mengawal dan menjahanamkan PKR!
Comments
Post a Comment