Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan strategi DAP yang berbaik dengan Bersatu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia hanya mahu memecah belahkan orang Melayu.
Dr Mahathir kini telah terjebak dalam strategi DAP bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mempunyai muslihat politik untuk pecah belah orang Melayu seterusnya menjadikan mereka sebuah parti yang dominan.
Suatu ketika dahulu DAP gagal membawa PAS bersama mereka kerana PAS akhirnya sedar muslihat parti itu lalu meninggalkan DAP.
Jesteru, selepas gagal memujuk PAS bersama dalam pakatan mereka, DAP dilihat begitu mudah mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir iaitu pemimpin yang pernah mereka kutuk habis-habisan satu ketika dulu.
Bagi mendapat sokongan parti baru, kini DAP menjadikan Dr Mahathir dan PPBM sebagai alat DAP untuk mencapai agenda mereka dan untuk memecah belahkan parti Melayu dan orang Melayu.
DAP sedar mereka perlukan sokongan orang-orang Melayu bagi memastikan agenda mereka tercapai.
Oleh yang demikian, DAP hanya menggunakan Dr Mahathir untuk mempengaruhi orang-orang Melayu kerana Parti Amanah tidak ada pemimpin yang berpotensi dipergunakan DAP.
Pendek kata, usaha DAP menyokong dan melantik semula Dr Mahathir sebagai Perdana menteri hanyalah helah untuk mengaburi orang Melayu.
DAP sebenarnya mempergunakan Dr Mahathir dan PPBM demi agenda politik mereka sahaja. DAP sudah berjaya memujuk Dr Mahathir dan kini mereka sudah dalam 'mode serangan' ke atas parti Melayu dengan hasrat memecah belahkan orang Melayu!
Comments
Post a Comment