DAP AKAN TERUS JADI DOMINAN! KEPUTUSAN AGIHAN KERUSI SEBENARNYA MENGUNTUNGKAN DAP KERANA PARTI ITU TIDAK MENYERAHKAN KUBU KUAT MEREKA KEPADA PARTI KOMPONEN PAKATAN HARAPAN YANG LAIN!


Perkembangan politik Islam dan orang Melayu di negara ini berada dalam situasi cukup bahaya jika Pakatan Harapan yang diketuai DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). DAP tetap akan menguasai Pakatan Harapan meskipun daripada soal pengagihan kerusi, parti itu hanya diberikan 35 kerusi Parlimen oleh gabungan tersebut.

Contoh situasi terbaik adalah di Perak selepas PRU-12, walaupun ketika itu wakil PAS menjadi Menteri Besar namun segala keputusan ditentukan oleh DAP yang dominan pada masa itu. Walaupun kita katakan PPBM dapat banyak kerusi iaitu 52 kerusi, PKR sebanyak 51 kerusi tetapi mereka akan bertanding di kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN) atau PAS. Kalau mereka tidak tewas dengan PAS mungkin kalah dengan BN.

Berbanding DAP yang bertanding di kawasan selesa yang secara realitinya sudah menang. Akhirnya yang mengepalai Pakatan Harapan nanti adalah DAP yang menang kerusi paling banyak. Jikalau Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan, walaupun DAP tidak menjadi Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri yang dipilih itu akan mengikut cakap dia.

Situasi ini cukup bahaya bagi politik Islam dan orang Melayu di negara ini. Meskipun pengagihan kerusi DAP tidak setinggi PPBM dan PKR, namun peluang DAP terus menjadi parti paling berkuasa dalam Pakatan Harapan tidak dinafikan kerana DAP tidak menyerahkan kawasan selamat atau kubu kuat kepada parti-parti pembangkang lain.

Comments