CALON PERDANA MENTERI PAKATAN HARAPAN TERUS JADI REBUTAN KOMPONEN PARTI PAKATAN HARAPAN


Isu calon Perdana Menteri terus menjadi duri dalam daging kepada Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka diadakan dalam tempoh kurang dari 100 hari dari sekarang. Sementara itu, Mukhriz Mahathir berkata bilangan jumlah kerusi yang ditandingi parti komponen dalam Pakatan Harapan juga tidak seharusnya dilihat sebagai kayu ukur untuk memilih calon perdana menteri.

Pada persidangan tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) baru-baru ini, parti itu mengesahkan mereka tetap mahu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan. Ini kerana menurut Mukhriz Mahathir bekas perdana menteri itu adalah calon yang sesuai memandangkan beliau berpengalaman membawa negara keluar dari krisis. 

BERSATU bukan mahukan jawatan perdana menteri untuk glamor, BERSATU tuntut jawatan itu kerana Dr Mahathir dilihat paling layak dan berpengalaman untuk keluarkan Malaysia dari belenggu. (Kenyataan syok sendiri)

Manakala di pertengahan tahun lepas, sebahagian besar pemimpin Pakatan Harapan dan perwakilan PKR pula sebulat suara memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara sebagai perdana menteri yang ke-7 dengan mempamerkan sepanduk yang berbunyi “Anwar PM ke-7”. Tuntutan ini dibuat semasa Kongres PKR ke-12.

Ternyata kini, jawatan Perdana Menteri menjadi rebutan antara parti BERSATU dengan PKR. Pemimpin pembangkang sebenarnya semakin keliru dan sukar membuat pilihan untuk meletakkan pemimpin yang sesuai untuk jawatan PM. Tidak mustahil ada yang akan "MASAM MUKA" jika tidak menjadi calon nanti.

Comments