BUKAN SAHAJA BN TOLAK MAHATHIR, PAKATAN PUN TOLAK MAHATHIR



Kedegilan Mahathir di dalam cubaan menjadikan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan menyerang Najib Tun Razak telah menyebabkan beliau sanggup berputus arang dengan UMNO dan Barisan Nasional. Sedar bahawa penipuan beliau berkenaan 1MDB tidak mendapatkan perhatian, Mahathir telah memimpin kumpulan pemberontak anti-Najib membentuk parti klon UMNO iaitu PPBM dan menumpukan usaha untuk menyertai Pakatan Harapan.

Mahathir tahu Pakatan Harapan adalah kumpulan yang lemah berbanding Pakatan Rakyat. Menerusi tindakan yang bersifat menikam PAS daripada belakang, DAP telah membubarkan Pakatan Rakyat dan membentuk Pakatan Harapan bersama-sama PKR dan PAN, sebuah parti di bawah kawalan DAP yang dibentuk oleh bekas ahli-ahli PAS yang pro-DAP. 

PPBM telah berjaya menyertai Pakatan Harapan. Agenda Mahathir seterusnya adalah mempengaruhi Pakatan Harapan untuk melantiknya menjadi pemimpin dan seterusnya mengetepikan Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi imej pembangkang. Cubaan ini adalah sesuatu yang agak hebat memandangkan Anwar menyertai pembangkang adalah disebabkan Mahathir sendiri.

Cubaan ini nampaknya berjaya apabila Pakatan Harapan mencadangkan Mahathir sebagai calon PM dan Wan Azizah sebagai calon TPM di akhir persidangan Putrajaya pada 4 Disember 2017.

 Pengumuman ini ditolak oleh sebilangan ahli Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan pada konvensyen 7 Januari 2018 telah sekali lagi  mengumumkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai calon Timbalan Perdana. Seperti dijangka, pengumuman yang dibuat oleh Saifuddin Abdullah tidak mendapat tepukan gemuruh oleh ahli-ahli yang hadir ke konvensyen tersebut. 

Adalah jelas mereka yang di dalam dewan tidak menunjukkan reaksi yang memberansangkan terhadap pengumuman tersebut. Bayangkan reaksi ahli-ahli Pakatan yang lain terhadap Mahathir menjadi PM. Sudah tentu lesu juga.

Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

Comments