BANTUAN KEBAJIKAN SELANGOR SEPERTI KISS DAN PEDULI RAKYAT HANYA RETORIK SAJA, KERAJAAN SELANGOR NAFI HAK RAKYAT SELANGOR


Kerajaan Selangor pimipinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat hanya menyediakan bantuan kebajikan yang bersifat populis serta tidak menyeluruh kepada golongan sasar.

Merujuk Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun ini, banyak aduan daripada golongan suri rumah yang mendakwa permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan pembelian barangan keperluan asas membabitkan jumlah RM200 sebulan itu ditolak bulat-bulat oleh kerajaan negeri.

Malah, alasan penolakan yang dibuat kerajaan negeri didapati tidak munasabah hanya kerana pemohon terdiri daripada kumpulan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jelas sekali kumpulan berpendapatan 40 peratus ke bawah dinafikan untuk mendapatkan bantuan KISS ini di negeri Selangor. Jikalau kerajaan negeri nak bantu rakyat, sepatutnya ia harus diberikan kepada semua golongan sasar dan bukannya memberi alasan tidak munasabah untuk menafikan hak rakyat Selangor.

Malah proses permohonan KISS ini yang dilihat menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, rakyat yang hendak memohon bantuan ini perlu memuat turun borang daripada internet dan perlu mendapatkan pengesahan daripada kepimpinan politik PKR.

Bantuan lain seperti pelaksanaan Kad Peduli Sihat oleh kerajaan negeri di bawah inisiatif penjagaan kesihatan rakyat dengan pembiayaan RM500 setahun ada unsur-unsur kesangsian di mana pelaksanannya dilihat terhad mengikut rawatan tertentu sahaja.

Prosedur yang melecehkan ini membuktikan bahawa berlaku satu tatacara atau amalan tadbir urus yang tidak kena dalam kerajaan Selangor. Ternyata bantuan-bantuan kerajaan negeri Selangor hanya indah khabar dari rupa dan retorik sahaja. 

Tidak dinafikan juga, kebajikan-kebajikan kerajaan negeri yang lain yang dianggap hanya gula-gula untuk meraih undi pada Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU-14).








Comments