AZMIN ALI MAHU KERUSI SELAMAT DI SHAH ALAM TAPI PAN TEGASKAN KERUSI PARLIMEN SHAH ALAM MILIK PAN BUKAN PKR! PAN GUNA KABEL DAP UNTUK PERTAHANKAN KERUSI SHAH ALAM


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan bertanding di Parlimen Shah Alam pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14). Perkara tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan (Harapan) Selangor yang ke-2 di Pejabat Jabatan Pilihan Raya Keadilan Selangor di Vista Alam baru-baru ini.

Walaubagaimanapun reaksi negatif diterima Parti Amanah Negara (PAN) mengenai perkembangan ini dan PAN menegaskan kerusi Parlimen Shah Alam akan terus ditandingi oleh calonnya pada PRU14. Malah mengikut PAN semua parti dalam Pakatan Harapan dike­tuai DAP dalam mesyua­rat jawatankuasa perundingan kerusi telah bersetuju mengenainya. 

Jesteru itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad sehubu­ngan itu mencadangkan supaya Timbalan Presiden PKR, Moha­med Azmin Ali yang diura-urakan bertanding di Shah Alam (tempat selamat) supaya mempertahankan keru­si Parlimen Gombak.

Ternyata PAN dan Khalid Abdul Samad dilihat mahu kerusi Parlimen Shah Alam tidak disentuh oleh mana-mana parti kecuali PAN. Apa yang kita tahu, kerusi Parlimen Shah Alam bagi Pakatan Harapan akan ditandingi oleh calon daripada PAN atau mungkin Khalid Samad itu sendiri yang beria-ia mahukan kerusi itu juga.

Perkara ini jelas menunjukkan polemik pembahagian kerusi pilihan raya membabitkan gabungan pembangkang yang memperlihatkan wujudnya kecelaruan dan kerapuhan di antara mereka dalam mencapai kesepakatan mengenai perkara itu. Tidak mustahil situasi sabotaj juga bakal berlaku dalam Pakatan Harapan andai kata kemahuan parti-parti tertentu tidak ditunaikan!




Comments