AZMIN ALI DAN MUKHRIZ HANYA SEBAGAI SEBAGAI CALON SIMPANAN SAHAJA



Selepas pengumuman nama Tun M dicalonkan sebagai PM Interim PH, Azmin Ali seolah-olah meroyan kepanasan disebabkan dia dan kartelnya tidak bersetuju dengan pencalonan tersebut.

Pelbagai tuduhan dan perlian terhadap Tun M yang dibawa oleh kartel Azmin Ali bagi memberikan gambaran buruk terhadap calon Perdana Menteri Interim itu. 

Tapi hakikatnya Azmin Ali mahukan jawatan tersebut dan dia hampir pasti bahawa jawatan berkenaan akan jatuh ke tangannya jika kekalutan penolakan Tun M dan Wan Azizah berlaku jika Pakatan Harapan menang PRU-14 nanti. 

Bagi kumpulan yang menyokong Anwar Ibrahim dan keluarganya sudah tentu mereka mahu calon PM mereka berkisar daripada kalangan mereka. Ini menunjukkan sifat kronisme dan nepotisme yang menebal dikalangan pemimpin PKR dan PH.

Namun, ada desas desus mengatakan bahawa Azmin Ali dan Mukhriz Mahathir adalah calon simpanan yang PH ada jika berlaku penolakan dari penyokong PH ke atas Tun M dan Wan Azizah.

Akan tetapi sejauhmana Azmin Ali yang dikatakan tidak digemari corak pentadbirannya oleh DAP mampu meyakinkan parti chauvinist tersebut untuk merampas jawatan PM. Di dalam Selangor sendiri ada gerakan untuk menjatuhkan Azmin Ali dan serangan dan perancangan tersebut datangnya dari pemimpin Cina DAP sendiri. 

Manakala Mukhriz pula dianggap sebagai pemimpin yang 'loser', tiada karisma dan tiada 'aura pemimpin' menjadikan pencalonan sebagai TPM simpanan menjadi sulit. Tidak semestinya bapa PM anak mesti PM juga. Adakah jawatan tertinggi dalam negara Malaysia untuk diwariskan kepada anak dan cucu cicit mereka?

Rakyat Malaysia perlu tolak mereka yang rakus ini.

Comments