ATOK MAHATHIR TERIMA HADIAH ISTIMEWA DARI PEMINAT??? ATOK ZALIM TERHADAP RAKYAT, TAK ADA SIAPA MINAT!!!



Atok Mahathir mendakwa dirinya menerima hadiah istimewa daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Atok mendakwa kononnya hadiah berkenaan diletakkan oleh orang berkenaan di keretanya, sehinggakan orang berkenaan meninggalkan nota melekat (sticky note) di kereta atok dengan tulisan di nota melekat tertera tulisan Tun I Love You. Adakah Atok yang sudah berusia 93 tahun ini ada peminat rahsia? Dengan segala kezaliman dan kejahatan serta dosa-dosa jahat yang dilakukan oleh Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri. 

Atok Mahathir seharusnya menerima hakikat bahawa kami sebagai manusia membenci Mahathir kerana Mahathir semakin hilang akal dan hilang kewarasan. Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun pemimpin-pemimpin UMNO, rakyat bermati-matian mempertahankan Mahathir apabila diserang oleh pembangkang suatu masa dahulu. Tetapi apabila Mahathir sudah bersama dan bekerjasama dengan pembangkang yang dia dulu sangat anti dan benci dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah serta kata-kata benci sekarang segalanya sudah berakhir. 

Tiada lagi penghormatan lagi buat Mahathir, bagi kami rakyat Malaysia kami hanya berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Mahathir yang selama ini Mahathir ajarkan kepada kami berpuluh-puluh tahun lamanya apa lagi kalau bukan MELAYU YANG SOKONG DAN IKUT DAP DAN LIM KIT SIANG ADALAH MELAYU YANG SUDAH HILANG JATI DIRI. LIM KIT SIANG RASIS! LIM KIY SIANG PELAMPAU PERKAUMAN! Sampai bila-bila kami ingat Mahathir, tetapi malangnya Atok Mahathit sudah lupa.

Comments