APA KATA MUFTI BERKENAAN HUKUM PERGI HAJI GUNA DUIT 1MDB



Mahathir sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dengan cuba memperlekehkan hukum-hukum islam. Terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu telah mempertikaikan, apakah hukum jika seseorang itu pergi menunaikan haji menggunakan duit dari 1MDB. Apakah haji yang dilakukan merupakan haji mabrur atau tidak?

Mahathir berkelakuan biadap kerana cuba untuk memperlekehkan hukum Islam dengan bertanya “Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu? Susulan dari itu ingin saya tanya lagi. Duit yang dicuri haram atau tidak? Jika haram bolehkah duit itu dihalalkan dengan menggunakannya untuk ibadah haji atau umrah. “Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji,” kata Mahathir.

Apabila menyentuh soal hukum-hakam Islam, sebagai seorang umat Islam yang berada di Malaysia kita perlulah merujuk segala persoalan yang kita kurang pasti kepada ahli alim ulamak atau mufti-mufti daripada setiap negeri. 

Berkenaan isu ini, Mufti Negeri Perak iaitu Tan Sri Dr Harussani Zakaria telah berpendapat bahawa “seseorang itu tidak berhak untuk mentukan sama ada ibadah haji yang dilaksanakan mabrur atau tidak. Tiada bukti jelas yang menyatakan dana yang digunakan untuk tajaan jemaah terbabit adalah dari sumber yang haram”.

Selain itu, Mufti Negeri Kelantan berkata, “jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak perlu risau dengan status ibadah mereka. Jemaah haji perlu yakin setiap ibadah yang dilakukan itu diterima Allah, bukannya ditentukan mana-mana individu”.Kata Mufti Kelantan iaitu Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Berkenaan isu ini juga, Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ”Jika rasa ragu-ragu, jangan ambil tajaan berkenaan. Ini adalah berdasarkan hadis sohih Muslim Sharh al-Nawawi yang menyatakan bahawa barangsiapa mengelak daripada perkara syubhah maka sesungguhnya ia membersihkan agama dan dirinya daripada melakukan perkara yang diharamkan”. Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan tiada siapa yang boleh memastikan samaada ibadah haji seseorang itu mabrur atau mardud.

Tindakan seorang bangsawan yang cuba memperlekehkan agama Islam perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ini soal agama. Seharusnya seorang yang berintelektual tinggi seperti Mahathir tidak melakukan perkara sedemikian. Semoga beliau segera bertaubat dan diberikan hidayah oleh Allah.

Comments