Pemimpin AMANAH sentiasa mempertahankan pemimpin DAP walaupun DAP melakukan kesalahan. Ini membuktikan kepada masyarakat umum mengenai hakikat bahawa AMANAH adalah sebuah parti politik yang dipenuhi oleh sekumpulan manusia yang tiada kemampuan berhujah secara intelektual tetapi hanya sekadar tahu menggunakan bahasa kesat untuk menyerang pihak lain yang menyentuh DAP.
Pemimpin AMANAH akan terlebih dahulu ke hadapan untuk mempertahankan DAP sehinggakan ada masanya belum pun pemimpin DAP sempat memberikan sebarang jawapan ataupun apa-apa kritikan ke atas mereka hulubalang AMANAH sudah terlebih dahulu keluar berpencak silat di gelanggang bagi menepis kritikan terhadap DAP. Pemimpin AMANAH BODOH bukan setakat mempertahankan DAP malah mereka sendiri sering menyatakan kebimbangan dan kerisauan mengenai kurangnya sokongan orang-orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan.
Kesimpulannya Pemimpin AMANAH semuanya bodoh-bodoh belaka kerana menjadi kuda tunggangan DAP untuk meraih undian dan sokongan orang Melayu Islam. Janganlah kita mengikut seperti AMANAH mudah sangat diperbodohkan dan diperdayakan oleh DAP.
Comments
Post a Comment