AISHAH OBESITI MENYANYI DI KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN




Baru-baru ini Pakatan Harapan mengadakan konvensyen pada 7 Januari 2018 bertempat di Ideal Convention Centre Shah Alam. Konvensyen tersebut hanya merupakan medan untuk pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan memuji-muji mereka sendiri, mengutuk-ngutuk musuh-musuh Pakatan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Semalaya (PAS). 

Selain itu, Pakatan turut mengumumkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan pengumuman yang sama dibuat pada Disember dan mendapat tentangan daripada ahli-ahli Pakatan Harapan. 

Untuk menghiburkan ahli-ahli konvensyen yang kebosanan kerana ketiadaan isu-isu baru, penyanyi obesity Aishah telah menyanyikan lagu ‘Tanah Semenanjung’.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa pemilihan lagu tersebut adalah tanpa sebarang niat serong. Namun, terdapat banyak lagu yang boleh beliau nyanyikan. Sebagai contoh, beliau boleh nyanyikan semula ‘Janji Manismu’ yang beliau nyanyikan di dalam Gegar Vaganza. Lagu berkenaan sudah tentu sesuai dengan kecenderungan Pakatan Harapan menaburkan janji-janji manis yang tidak dapat dipenuhi bagi memenangi undi-undi rakyat. 

Ataupun, Aishah boleh menyanyikan lagu ‘All By Myself’ yang menyumbang kemenangan beliau di dalam Gegar Vaganza. Lagu berkenaan boleh menjelaskan kehidupan Aishah dari dulu sehingga sekarang. 

Tetapi, Aishah memilih lagu ‘Tanah Semenanjung’. Lagu berkenaan sedikit sebanyak bersesuaian dengan konvensyen tersebut memandangkan Pakatan Harapan memang tidak memperdulikan Sabah dan Sarawak. 

Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Pakatan Harapan pernah mengumumkan kumpulan pemimpin Pakatan yang langsung tidak mempunyai wakil daripada Sabah dan Sarawak. Pengumuman tersebut mendapat banyak kritikan sehingga menyebabkan Pakatan terpaksa menyemak semula senarai tersebut. 

Pakatan Harapan hanya berminat dengan ‘Tanah Semenanjung’. Rakyat dari Sabah dan Sarawak perlu menghukum keangkuhan pakatan tersebut di dalam PRU Ke-14.


Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

Comments