ADAKAH PEMBANGKANG MAHU MENGHADKAN JAWATAN KETUA MENTERI DAN MENTERI BESAR DUA PENGGAL JUGA?


DAP dan PKR termasuk Pengerusi Pakatan Harapan sendiri telah bersetuju dan menyuarakan bahawa mereka yang menjawat jawatan Perdana Menteri kelak akan hanya diberi peluang selama dua penggal sahaja untuk melaksanakan tugas mereka sebagai mana Presiden Amerika Syarikat.

Tapi bila dibincang kembali ketegasan mereka dalam isu jawatan Perdana Menteri, kita seakan-akan lupa bahawa Pakatan Harapan mempunyai jawatan nombor satu dalam pentadbiran negeri iaitu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor.

Yang menjadi persoalannya di sini, adakah Pakatan Harapan sanggup untuk menghadkan kedua-dua jawatan tersebut kepada 2 penggal sahaja? Adakah Lim Guan Eng dan Azmin Ali bersetuju mereka melepaskan jawatan mereka apabila diarahkan untuk berbuat demikian?

Sedangkan Tun Mahathir yang pernah 22 tahun mentadbir negara (bersamaan 5 penggal) pada saat ini berusaha untuk merebut semula jawatan yang pernah ditinggalkannya demi menyelamatkan kepentingan dan kroninya yang terumbang-ambing pada masa ini samada di dalam arena politik ataupun di dunia perniagaan.

Adakah mereka semua sebulat suara menyokong cadangan ini? Dan adakah mungkin kata-kata pemimpin Pakatan Harapan hanya bersandiwara bagi menagih undi rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada.

Ada kemungkinan juga Tun Mahathir tidak mahu rekod dunia yang telah diciptanya untuk menjadi Perdana Menteri paling lama dipecahkan oleh Perdana Menteri selepasnya?.



Comments