Abang Terlajak Laris Aliff Shukri mendakwa dirinya terkejut sebaik sahaja mendapat tahu kereta mewah miliknya disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Jalan Bangsar baru-baru ini. Abang Terlajak Laris mendakwa lagi dirinya tidak tahu menahu mengenai pembayaran cukai kereta. Abang terlajak laris ini boleh tidak tahu mengenai pembayaran cukai kereta, pelik bukan? Sampaikan JPJ menyita kereta mewah Rolls Royce Ghost disita pun abang terlajak laris ini boleh tidak tahu. Memang patut pun kereta mewah Aliff Shukri disita, kaya raya tidak mungkin tidak mampu membayar cukai kereta.
Kalau hendak diharapkan kerajaan akan memberikan pelepasan cukai jangan haraplah kerana Kerajaan sangat prihatin sebenarnya. Kita sepatutnya THINK POSITIVE!!! Abang terlajak laris Aliff Shukri sepatutnya sedar nama dirinya akan naik dan termasuk dalam senarai panas dan dirinya juga akan dikejar oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Abang Terlajak laris ini sebenarnya artis yang berada dalam kategori dan standard A. Abang Terlajak Laris ini sudah mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit hasil daripada penjualan produk dan perniagaannya selama ini. Tengok sajalah abang terlajak laris ini sentiasa menayang kemewahan dan kekayaan sebagai lambang status dan standard kelas atasan sentiasa mendapat perhatian umum.
Tetapi apabila tiba di mana Abang Terlajak Laris harus menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai kereta, pada masa itulah bermacam-macam alasan diberikan oleh abang terlajak laris sehinggakan akhirnya namanya sendiri yang terjejas teruk dan imejnya tercalar akibat tidak membayar cukai kereta. Realitinya Abang Terlajak Laris Aliff Shukri atau mana-mana artis dan selebriti tempatan sebenarnya tidak mempunyai kesedaran langsung tanggungjawab membayar cukai. Mereka ini gagal membuat pembayaran cukai sehinggakan ia telah menimbulkan rasa mual, muak dan jelak di kalangan pembayar cukai lain.
Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.
Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.
Comments
Post a Comment