Pengumuman agihan kerusi Pakatan Harapan untuk kerusi Parlimen di Semenanjung telah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan Pakatan Harapan iaitu PPBM 52 kerusi, PKR 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan PAN 27 kerusi Ahad lalu sememang satu keputusan yang tidak mengejutkan langsung sebaliknya menimbulkan banyak tanda tanya!
Walaupun DAP bertanding 35 kerusi berbanding jurang besar antara ppbm dan pkr yang bertanding lebih 50 kerusi di semenanjung sebenarnya adalah satu muslihat yang cuba dilakukan oleh DAP ke atas rakyat di negara ini.
DAP mahu menunjukkan bahawa parti ini adalah sebuah parti yang boleh bekerjasama dengan parti Melayu dengan memberi lebihan kerusi Parlimen kepada parti komponen yang lain dalam Pakatan Harapan.
Walau bagaimanapun, perlu dilihat di sini bahawa DAP sedang bermain persepsi minda dengan rakyat dan mereka sebenarnya cuba untuk mengaburi mata orang-orang Melayu. Cuba kita lihat dan analisis kerusi-kerusi yang ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Daripada 35 kerusi yang akan ditandingi DAP PRU14 ini sebanyak 30 kerusi adalah kerusi-kerusi yang dimenangi mereka pada PRU13. Tambahan 5 lagi kerusi adalah milik MCA, GERAKAN dan MIC yang akan cuba dirampas DAP PRU14.
Jika dilihat dari segi sudut tersirat bentuk agihan ini, jelas sekali DAP hanya bertanding di tempat selamat mereka di kawasan Bandar dan kawasan yang telah dimenangi mereka. Malah DAP menang besar di kawasan dan kerusi sedia ada yang akan ditandingi mereka semula.
Peluang untuk mengekalkan kerusi ini tinggi berbanding parti PPBM, PKR dan PAN yang akan bertanding di kerusi majoriti Melayu dan lawan lebih hebat seperti UMNO dan PAS. Manakala lawan DAP seperti MCA, GERAKAN dan MIC masih mencari rentak mereka untuk mendapatkan sokongan kuat rakyat bukan Melayu.
Pendek kata, kita semua sebenarnya sedang dikaburi dengan strategi licik DAP untuk mendapatkan kuasa dalam kalangan Pakatan Harapan. DAP sebenarnya sebuah parti yang pandai mengatur strategi politik demi kepentingan mereka.
Apa yang pasti, DAP akan terus menjadi dominan dalam Pakatan Harapan walaupun bertanding 35 kerusi. Itu belum lagi ditambah kerusi di Sabah dan Sarawak. Jangan terperdaya dengan muslihat DAP dan rakyat perlu bangkit menolak parti DAP PRU14.
Comments
Post a Comment