22 TAHUN YANG LALU MAHATHIR LANGSUNG TAK AMBIL TAHU! MENGAPA HARI INI BARU MAHU KAJI SEMULA PERJANJIAN MALAYSIA 1963?


Alangkah terkejut buat rakyat Sabah dan Sarawak, bila Tun Dr Mahathir Mohamad secara mengejut mahu mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 antara kerajaan persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. 

Tujuan penilaian semula perjanjian ini adalah bagi memberikan pembangunan dan autonomi yang lebih besar kepada dua negeri itu. Persoalannya sekarang, mengapa sekarang baru terdetik di hati Dr Mahathir untuk mahu mengkaji semula perjanjian ini ketika pilihan raya umum menghampiri tempoh edahnya.

Mengapa hari ini baru mengada-ngada mahu menilai semula perjanjian ini sedangkan ketika Dr Mahathir berkuasa dahulu beliau mampu untuk mengubah segalanya untuk negeri Sabah dan Sarawak?


Untuk tempoh 22 tahun ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau langsung tidak memberi perhatian kepada negeri Sabah dan Sarawak. Lebih malang lagi kedua-dua negeri ini seolah-olah dianak tirikan dari segi pembangunan berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Seperti sudah terhantuk kepala di dinding, Dr Mahathir kini mahu mengkaji semula perjanjian ini dan mahu menawarkan lebih kuasa untuk memastikan pembangunan di Sabah dan Sarawak. 

Pendek kata, semua ini dilakukan gara-gara Dr Mahathir mahu menagih simpati dan undi rakyat Sabah dan Sarawak sahaja. Jika beliau benar-benar mahu memperjuangkan nasib negeri Sabah dan Sarawak, 22 tahun yang lalu beliau sudah lakukannya! Inilah sikap hipokrit Dr Mahathir.



Comments