2 SINGA PEMBANGKANG RAFIZI & TONY PUA JADI KUCING BILA BICARA SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG
Siapa tidak kenal dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang disanjung sebagai penegak kebenaran, pejuang keadilan dan pembongkar penyelewengan oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) walaupun ianya satu fitnah dan pembohongan mereka.
Rafizi dan Tony Pua dianggap cukup berani dan hebat kerana mendedahkan pelbagai perkara yang dianggap kepincangan dan penyelewengan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Siang malam dalam kepalanya mereka hanya mahu menghentam kerajaan khususnya dalam isu 1MDB, FELDA dan sebagainya.
Mereka cuma lantang membicarakan isu-isu nasional dan sunyi sepi apabila membicarakan penyelewangan yang melibatkan parti mereka. Persoalannya di sini di manakah keberanian mereka untuk mempersoal isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang? Satu projek kerajaan DAP yang meragukan dan membazirkan wang rakyat.
Setakat ini, kita belum dengar apa-apa dari pemimpin ini dalam hal ini? Dua orang yang dianggap `singa’ itu tiba-tiba bertukar menjadi kucing yang ibarat ketakutan untuk bersuara. Itulah sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang, rasa diri mereka hebat, kelompok mereka paling bersih dan pejuang keadilan, tetapi hakikatnya mereka jauh lebih buruk daripada orang yang mereka `serang’.
Andai betul Rafizi dan Tony Pua telus maka mereka perlu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletakkan jawatan kerana banyak isu berlaku di Pulau Pinang, tetapi sudah pasti mereka tidak akan berbuat demikian. Ini kerana mereka bukannya pejuang rakyat tetapi hanyalah ahli politik yang mahu mengelirukan rakyat. Mereka ada agenda busuk iaitu memburukkan kerajaan demi kepentingan politik dan untuk 'political mileage' mereka!
Comments
Post a Comment