UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP


Tepuk dada, tanya selera! Mahukah rakyat memilih parti pembangkang di mana Perdana Menterinya adalah Lim Kit Siang? Rakyat perlu ingat jika mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak, bermakna mereka telah memilih DAP dan Lim Kit Siang sebagai ketuanya. Rakyat kena bijak membuat pilihan ini kerana pilihan ini terletak di tangan rakyat. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. 

Keadaan politik dalam Pakatan Pembangkang kini mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti di dalam HARAPAN bermakna memberi undi kepada DAP. DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya.

Politik seharusnya menjadi wadah kebertanggungjawaban oleh kepimpinan bagi melaksanakan setiap urusan rakyat dan negara dengan naungan paling jujur dan profesional, bukannya peluang atau kesempatan peribadi, kroni mahupun parti seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Berbeza dengan parti Kerajaan yang menekankan Budaya Politik Matang dan Sejahtera ke arah meletakkan negara pada landasan betul.










Comments