TIDAK PERNAH ADA TAHANAN POLITIK DI MALAYSIA



Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan bahawa tidak pernah ada tahanan politik di Malaysia.

Malahan menurut beliau, meskipun Malaysia pernah mengamalkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebelum dimansuhkan, pihak kerajaan ketika itu langsung tidak pernah pun memenjarakan individu sebagai tahanan politik.

Menurutnya lagi, walaupun ada ISA, ada juga menteri yang pernah kena tangkap, tapi lepas itu mereka boleh kembali masuk politik dan ada yang pernah menang pilihan raya serta dapat dilantik jadi menteri dan macam-macam lagi.

Reaksi terbaharu Musa itu susulan kenyataan bersama oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat (AS), Kimberly Motley di ibu negara semalam.

Mereka mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera dibebaskan daripada penjara kerana menyifatkan konon hukuman yang dikenakan kepada bekas ketua pembangkang itu adalah bermotifkan politik berbaur antikerajaan.

Anwar Ibrahim adalah pesalah liwat kerana didapati meliwat mangsanya yang juga bekas pembantu peribadinya Saiful Azlan Bukhari. Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pemimpin pembangkang itu bagaimanapun tidak dikenakan hukuman sebatan atas faktor usia. Kini Anwar Ibrahim adalah sebagai banduan yang perlu menjalani hukuman penjara selama 5 tahun. Dia bukannya seorang tahanan politik yang didakwa peguam dan penyokongnya.

Comments