TERENGGANU BERI AIR PERCUMA UNTUK RAKYATNYA


Kerajaan Terengganu mengumumkan akan memberi bekalan air percuma kepada kira-kira 100,000 buah kediaman di negeri itu bermula pada tahun 2018.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada penggunaan domestik sehingga 20 meter padu sebulan.

Menurutnya, untuk tujuan tersebut, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM6.3 juta bagi membantu menangani kos sara hidup rakyat di negeri ini.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri tetap komited untuk menjaga kebajikan rakyat khasnya yang melibatkan bekalan air bersih kepada rakyat.

Tidak macam negeri lain tarif air sangat tinggi. Terengganu tempat yang kedua paling rendah tarif air di Malaysia tapi masih lagi berupaya beri air percuma kerana isunya (mengurangkan) kos sara hidup (rakyat).

Comments