SYED SADDIQ MAHU BUAT KELAS DEBAT PERCUMA ATAU KELAS PESONGKAN GENERASI MUDA


Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka akan memperkenalkan satu jalan penyelesaian untuk membolehkannya berdebat kembali kerana tidak puas hati misinya untuk berdebat tidak dapat dicapai. Baru-baru ini dia tidak dibenarkan berdebat di sebuah Universiti tempatan kerana debatnya berunsur politik. Mungkin akibat ketagih mahu berdebat, Syed Saddiq sanggup berbuat apa sahaja demi untuk bercakap dan berdebat kerana itu sajalah kepakarannya. 

Antara jalan penyelesaian Syed Saddiq untuk mengatasi masalahnya yang dihalang dari memberi ucapan di majlis kerana ucapannya sering kali dilihat berunsur politik ialah dia mahu membuat kelas debat, penguncapan awam dan pemikiran secara kritis percuma atau FOC. Strategi Syed Saddiq kini kumpul 20 orang dan dia akan beri kelas percuma!

Syed Saddiq perlu sedar dia sudah menjadi sebahagian daripada parti politik oleh itu ada sebabnya dia dihalang dari memberi ceramah atau debat kerana tindakannya itu merosakkan orang muda. Memanglah dia tidak akan mengaku yang ucapannya dan debatnya tiada kaitan dengan politik. Tapi bila diberi kesempatan ini sudah pasti dia akan ambil peluang ini memberi debat dan ceramah berunsur politik kerana dia kini adalah sebahagian dari parti politik PPBM.

Sekarang timbul satu persoalan besar. Apa tujuannya dan niat Syed Saddiq mahu membuat kelas ini? Sudah dihalang untuk berdebat oleh beberapa universiti dia pula cari jalan hendak hasut dan pesongkan orang muda melalui debat dan kali ini dengan memberi kelas percuma! Kini Syed Saddiq cari jalan untuk memesongkan pemikiran generasi muda setelah gagal mendapat tempat untuk melakukan debat politik. 

Tidak mustahil cara Syed Saddiq ini hanyalah mengundang kerosakan kepada anak muda negara. Syed Saddiq kini sangat terdesak dan ketagih untuk berdebat dan dia terpaksa guna cara lain untuk meluaskan pengaruhnya kepada generasi muda. Jika benar mahu memperjuangkan hak anak muda untuk bersuara ini bukan caranya kerana generasi muda kini sudah bijak berfikir dan bijak!



Comments