SPRM TIDAK PILIH BULU, TAPI PEMBANGKANG YANG SERING LAKUKAN JENAYAH DAN SALAHGUNA KUASA



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan sebuah institusi bebas dan membuat keputusan dalam segenap siasatannya berlandaskan campurtangan politik.

Tuduhan tersebut dilihat mempunyai niat jahat kerana pada suatu ketika DAP terlalu rapat dengan SPRM seolah-olah mereka percaya bahawa segala siasatan yang dilakukan badan pencegahan rasuah tersebut telus.

Pada masa itu banyak kes berkaitan dengan projek dan individu yang mempunyai kaitan dengan kerajaan sedang disiasat SPRM dan telah diambil tindakan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan persekutuan tidak sedikitpun melenting kerana memang hasrat kerajaan untuk memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan berjalan tanpa melibatkan unsur-unsur rasuah.

Tapi bila banyak kes siasatan dan tangkapan banyak melibatkan kepentingan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan seperti di Selangor dan Pulau Pinang, mengapa Lim Guan Eng cuba menafikan hak dan tugas-tugas pegawai SPRM untuk membongkar salah laku mereka.

Adakah Lim Guan Eng tidak sedar dan lupa bahawa kerajaan Pulau Pinang sudah mengangkat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM pada 4 Ogos 2017 yang lalu. Ikrar tersebut bertujuan memastikan setiap kerajaan negeri dan badan berkanun melakukan tugas dengan telus.

Apa yang paling penting mereka boleh disiasat dan mereka diminta untuk bekerjasama 100% sekiranya terlibat dalam siasatan yang sedang dijalankan pada waktu itu.

Bagaimana dengan situasi di Selangor? Walaupun berdegil tidak mahu mengangkat ikrar IBR, Kerajaan yang dipimpin Azmin Ali tetap diserbu berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada. Patutlah Azmin Ali enggan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan cuba memberi pelbagai helah dan alasan.

Rupanya barisan kepimpinan Selangor banyak melakukan kesalahan dan pecah amanah terutama sekali dalam kes melibatkan peruntukan kerajaan persekutuan dan negeri. Selain itu pencerobohan dan penjualan tanah yang dilihat mempunyai unsur rasuah dan penyelewengan.

Memang layaklah SPRM menyerbu dan menangkap mereka yang terlibat untuk dibawa kemuka pengadilan. Agar rakyat tahu siapa pembangkang sebenarnya. Mereka hanya mahukan harta dan kuasa namun tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat.

Comments