SISTEM IMAMS BAGUS UNTUK MEMASTIKAN JEMAAH UMRAH TIDAK DITIPU AGENSI PELANCONGAN



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan Sistem IMAMS yang dikawal selia oleh syarikat Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd adalah satu sistem yang baik bertujuan menangani penipuan pakej umrah menerusi proses permohonan visa umrah.

Kementeriannya membatalkan sistem tersebut selepas sehari ia diumumkan kerana tidak bersetuju dengan jumlah caj yang dikenakan sebanyak RM90 dan ia diumumkan sebagai wajib dan ianya juga bercanggah dengan keputusan kabinet.

Caj yang telah dipersetujui Kabinet adalah sebanyak RM40 yang telah dilengkapi di dalamnya pakej insurans. Manakala sebanyak 65 agensi pelancongan berstatus muassasah dan mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) tidak diwajibkan untuk menggunakan sistem ini.

Apa yang perlu ditekankan di sini sistem IMAMS yang telah diluluskan Kabinet adalah serendah RM40 dan penggunaannya adalah tidak diwajibkan. Ia juga bukan program kementerian tetapi inisiatif sektor swasta yang terpanggil untuk memastikan para jemaah umrah tidak terus menerus ditipu.

Selain itu, tuduhan mengenai pembatalan tersebut berkait rapat dengan keanggotaan pegawai eksekutif bukan Islam dalam syarikat Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd bukan punca sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan serta-merta.

Tujuan dan hasrat kerajaan ini adalah baik kerana ingin mengelakkan para jemaah umrah dari terus ditipu oleh syarikat pengendali pakej Umrah swasta.

Adalah lebih baik pakej umrah dan haji dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Tabung Haji. Ini kerana badan itu sahaja yang mampu mengendalikan jemaah dan pakej dengan baik serta mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Arab Saudi.

Comments